by

Bayi terkunci  30 minit dalam kereta

News Sources:

MUAR: Seorang bayi  berusia setahun terpaksa diselamatkan bomba selepas terperangkap lebih 30 minit di dalam kereta.

Dalam kejadian itu, bayi berkenaan terperangkap seorang diri dalam kereta Honda CRV di rumahnya di Jalan Junid di sini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II, Noralfatah Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada  pukul 9.51 pagi ketika  bapa saudara mangsa mahu menghantar mangsa ke taska.

“Selepas meletakkan bayi itu dalam kenderaan yang enjin belum dihidupkan, bapa saudaranya keluar mengambil beberapa barangan lain.

“Bagaimanapun, ketika datang semula untuk membuka pintu, didapati ia  terkunci dari dalam. 

“Bapa saudaranya percaya, bayi itu tanpa  sengaja  tertekan butang kunci automatik kereta,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Noralfatah berkata, bomba  tiba bersama empat jentera dengan kekuatan 14 orang.

“Kami menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu kereta itu. Difahamkan ketika kejadian, ibu dan bapa bayi berkenaan telah keluar namun bergegas pulang sebaik dimaklumkan oleh adiknya.

“Berikutan tiada kunci kereta tambahan, mereka telah berusaha  membuka pintu kenderaan itu namun gagal,” katanya.

Katanya, bomba berjaya menyelamatkan bayi itu tanpa cedera. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed