by

Bekas ADUN Kota meninggal dunia

News Sources:

REMBAU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Datuk Dahalan Aman, 91, meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan angin ahmar di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban kira-kira pukul 9.50 pagi tadi.

Anak ketujuh Allahyarham, Rosli Dahalan, 54, berkata, bapanya sebelum ini terjatuh di rumah di Kampung Sungai Layang pada Jumaat lalu dan dikejarkan ke Hospital Rembau bagi rawatan lanjut.

Menurutnya, susulan kejadian berkenaan, Allahyarham berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke HTJ serta dibantu melalui alat bantuan pernafasan.

“Isnin lalu, ayah baru sahaja dipindahkan ke wad biasa dan pagi ini ayah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Ayah merupakan seorang yang sangat tegas dan sepanjang tiga penggal ayah memegang jawatan sebagai wakil rakyat iaitu dari tahun 1969 hingga 1982, ayah memang benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin berjiwa rakyat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Rosli berkata, jenazah di sembahyangkan di kediaman arwah di Kampung Sungai Layang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bongek selepas solat Asar. -UTUSAN ONLINE

The post Bekas ADUN Kota meninggal dunia appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed