by

Bekas guru tahfiz didakwa cabul pelajar 11 tahun

News Sources:

KUANTAN: Bekas guru tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan di sini hari ini atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap pelajar berusia 11 tahun enam bulan, awal bulan ini. 

Tertuduh Tengku Mohammad Khaireel Tengku Wahab, 27 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu pada 1 Disember lalu, kira-kira pukul 11.30 malam di dalam bilik warden asrama sekolah tahfiz berkenaan. 

Pendakwaan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat, manakala tertuduh diwakili peguam, Rahiza Zulkefli. 

Bagi pertuduhan pertama mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, tertuduh didakwa mencium mulut mangsa sebelum melakukan seks oral terhadap mangsa dalam bilik warden asrama sekolah tahfiz berkenaan pada 1 Disember lalu, kira-kira pukul 11.30 malam. 

Pertuduhan kedua, mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 pula, tertuduh didakwa menyuruh mangsa menggosok kemaluan dan menghisap kemaluannya pada tarikh, masa dan tempat yang sama. 

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan. 

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan dan minta dibicarakan. 

Hakim Siti Aminah Ghazali kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dua tuduhan itu dan menetapkan 25 Januari depan untuk sebutan semula kes. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed