by

Bekas Pengerusi KUB, Hassan Harun meninggal dunia

News Sources:

PETALING JAYA : Bekas Pengerusi KUB Bhd., Datuk Hassan Harun meninggal dunia pada pukul 5.15 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri oleh anaknya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Assalamualaikum. Nak maklum ayahanda telah melepaskan nafas terakhir. Semoga Allah SWT menempatkan arwah bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Bagi pihak arwah, kawe (saya) hendak mintak maaf atas segala kehilafan, kesalahan baik dari segi perbuatan mahupun percakapan. Dan kalau ada sebarang hutang, mohon dihalalkan dan kalau tak boleh dihalalkan, tolong maklum kepada kawe (saya), Insyaallah kawe (saya) akan usaha untuk melangsaikannya,” ujarnya.

Allahyarham Hassan meletakkan jawatan Pengerusi KUB pada 18 Julai 2005.

Allahyarham merupakan pengasas sekolah swasta iaitu Sekolah Kadir Adabi dan Sekolah Antarabangsa Wadi Sofea.

Selain itu, Allahyarham juga baru merupakan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tahun ini dan bertanding jawatan Ketua Bahagian Bersatu Pengkalan Chepa. -UTUSAN ONLINE

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed