by

Belanja RM50 di Shopee, peluang dapat data Yes 5GB percuma

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pelanggan Shopee kini boleh memperoleh data percuma daripada YES DATABACK setiap kali membeli barang daripada platform Shopee.

Ia hasil kerjasama YTL Communications dengan platform e-dagang tersebut melalui pelancaran program ganjaran ‘YES Kasi Up’ iaitu YES DATABACK.

Pengarah Urusan YTL Communications, Datuk Yeoh Seoh berkata, permintaan pengguna sekarang lebih ke arah digital, jadi syarikat harus mengeluarkan idea baharu untuk memenuhi kehendak pengguna.

“Kami ingin membuat setiap ringgit yang dibelanjakan oleh rakyat itu berbaloi, selain ingin membantu rakyat Malaysia menyertai langkah pendigitalan ekonomi.

“Pelanggan Shopee kini boleh menikmati data percuma sebanyak 5 gigabait (GB) dengan setiap RM50 yang dibelanjakan di platform Shopee dan boleh menerima hingga 100GB setiap bulan,” katanya.

Majlis pelancaran secara maya itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee; Pengarah Eksekutif YTL, Datuk Yeoh Soo Keng dan Ketua Shopee Mall Malaysia, Kenneth Soh.

Selain itu, kata Seoh, YES juga menawarkan paket YES Kasi UP Prabayar 15 bernilai RM15 sebulan selain dilengkapi 10GB data dengan tempoh sah 30 hari, hanya dengan RM1 untuk pembeli kad SIM YES kali pertama di Shopee dalam tempoh masa yang terhad.

“Pek kad sim itu akan dihantar terus ke rumah pengguna Shopee secara percuma,” ujarnya.

Beliau berkata, ketika ini YES memiliki 1.3 juta pelanggan. Dengan adanya pelan Kasi Up, kami menjangkakan pertumbuhan pantas jumlah pelanggan baharu di masa hadapan disokong penawaran produk pada harga lebih rendah termasuk kelajuan internet.

Sementara itu, Soh berkata, kadar penembusan e-dagang dan data dijangka kekal tinggi serta terus meningkat selepas pasca Covid-19.

“Internet akan melalui fasa inovasi yang lebih pantas dan penggunaan data dijangka terus melonjak sekali gus akan membantu perkembangan ekonomi digital Malaysia,” katanya. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed