by

Belum fikir soal kejuaraan – Solskjaer

News Sources:

LONDON: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer enggan terbawa-bawa dengan kemenangan 6-2 ke atas Leeds United pagi tadi dan menolak untuk bercakap tentang mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Kemenangan di Old Trafford itu membolehkan Red Devils melonjak ke tangga ketiga liga dengan 26 mata, lima mata di belakang pendahulu, Liverpool dan memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Biarpun gembira dengan peningkatan pasukannya, namun Solskjaer tidak bersedia untuk bercakap mengenai gelaran.

“Kami baru mengharungi 13 perlawanan, belum pun memasuki separuh musim.

“Kami sedang bekerja keras, semakin baik, cergas dan kuat tetapi tidak lebih daripada itu.

“Saya sangat gembira hari ini tetapi saya juga gembira seperti ini sejak dua tahun lalu,” kata Solskjaer.

United menang kali kedua dalam aksi liga di tempat sendiri musim ini, malah meledak gol sekali ganda lebih banyak berbanding enam perlawanan keseluruhan sebelum ini.

Selepas dikritik hebat kerana bermula perlahan, Scott McTominay cemerlang meledak dua gol dalam tempoh tiga minit pertama untuk United mendahului 2-0.

Pemain tengah Scotland itu turut mencipta gerakan gol kelima United yang disempurnakan Dan James sebelum dikeluarkan akibat kecederaan pangkal paha.

“Harap kecederaannya tidak serius. Scott pemain yang kental dan sering memenangi perebutan bola di udara.

“Dia mampu mencipta ruang kepada pemain lain, selain memiliki penyudah yang bagus,” kata Solskjaer.

Bruno Fernandes turut menjaringkan dua gol buat United, manakala satu lagi jaringan menerusi Victor Lindelof. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed