by

Benarkan pengambilan PATI sebagai pembantu rumah

News Sources:

PETALING JAYA: Kerajaan diminta membenarkan agensi pekerjaan swasta (APS) mengambil pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini sebagai pembantu rumah ekoran sempadan negara masih belum dibuka untuk kemasukan pekerja asing.

Untuk itu, Jabatan Imigresen dicadangkan supaya mengeluarkan permit kerja kepada PATI yang telah dikenal pasti untuk bekerja sebagai pembantu rumah bagi memudahkan pihak majikan.

“Syaratnya semua PATI yang akan diambil sebagai pembantu rumah asing itu perlu ditemu duga melalui Agensi Pekerjaan Swasta dan sekiranya layak baharulah diberikan permit bekerja.

“Jika majikan mereka terus berurusan dengan majikan untuk terus membuat permit tanpa melalui APS, kemungkinan besar kesan buruk akan berlaku sekiranya PATI itu tidak benar-benar serius mahu bekerja. Kita juga kena lihat daripada segi dokumentasi dan kesihatan mereka,” kata salah seorang pemilik APS, Zubaidah Mubarruck Ali.

Beliau berkata, peranan APS ialah menjadi pemudah cara dan mengesahkan PATI tersebut melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), imigresen dan pihak kedutaan.

Pada masa sama kata Zubaidah, langkah ini akan memberi sedikit kelegaan kepada pemilik-pemilik APS di negara ini yang perniagaan mereka terjejas ekoran pergerakan rentas sempadan tidak dibenarkan.

“Kami cadangkan supaya memanfaatkan PATI yang ada di negara ini sementara menunggu kemasukan baharu dari negara sumber. Kita boleh melakukan sesuatu yang baik dan relevan,” katanya.

Selain kata Zubaidah, mereka juga turut berusaha merekrut wanita-wanita tempatan untuk bekerja sebagai pengurus rumah.

Katanya, setakat ini hanya 30 peratus sahaja yang sanggup memikul tugas itu yang terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan golongan wanita yang berpendapatan rendah.

“Sebaliknya agak susah untuk mendapatkan wanita bukan Islam untuk mengisi kekosongan bagi majikan berketurunan Cina dan India di negara ini,” katanya.

Sebab itu katanya, salah satu alternatif yang boleh dipertimbangkan ialah membenarkan pengambilan PATI sebagai pembantu rumah.-UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed