by

Beri peluang ahli farmasi terlibat program vaksinasi Covid-19

News Sources:

SHAH ALAM: Kerajaan disaran memberi peluang kepada ahli farmasi yang terlatih bagi membantu menjayakan program vaksinasi Covid-19.

Presiden Persatuan Farmasi, Amrahi Buang berkata, buat masa ini, negara mempunyai ramai ahli farmasi yang mempunyai kepakaran menyuntik vaksin ke dalam badan manusia.

“Saya mencadangkan kerajaan mewujudkan polisi berhubung membenarkan ahli farmasi menyuntik vaksin dan memberikan latihan berkaitan supaya mereka boleh melakukan perkara itu.

“Malah, beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia membenarkan ahli farmasinya menyuntik vaksin. Kita berharap Malaysia boleh mengikut jejak langkah negara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amrahi berkata, selain suntikan vaksin, ahli farmasi juga bersedia memberikan maklumat berhubung mengenai vaksin Covid-19 daripada kerajaan kepada masyarakat.

Katanya, penyaluran itu penting supaya masyarakat mendapat maklumat yang betul daripada sumber sahih.

“Kini, banyak berita negatif dan palsu mengenai vaksin Covid-19 di media sosial daripada mereka yang tidak arif mengenai vaksin.

“Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertanggungjawab, kita mahu membantu kerajaan membidas segala berita palsu yang diuar-uarkan mereka yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, kerajaan bercadang membeli 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini. – UTUSAN ONLINE 

The post Beri peluang ahli farmasi terlibat program vaksinasi Covid-19 appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed