by

Beri peluang bumiputera jadi pengeluar benih

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pengilang beras bumiputera patut diberikan peluang menjadi pengeluar benih atas prinsip perkongsian ekonomi dan memperkasa ekonomi bumiputera.

Pengerusi bersama merangkap Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue), Mohd. Rafirdaus Abu Bakar berkata, jumlah pengeluar benih juga mesti diperbanyak agar petani mempunyai lebih pilihan dan kualiti terjamin.

“Mana-mana pengeluar yang tidak menepati standard mutu mestilah dibatalkan lesennya serta-merta. Pertubuhan peladang kawasan yang berkemampuan juga mesti diberi peluang untuk menjadi pengeluar benih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bermula Disember 2020, kerajaan menetapkan bahawa pengedaran benih dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang dibuat melalui setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Ketika ini, Nafas menetapkan harga runcit benih pada kadar RM35 satu bag atau 20 kilogram (kg).

Rafirdaus berkata, Padi Rescue mendapati bahawa petani sebelum ini terpaksa membeli dengan harga sehingga RM60 berpuas hati namun, petani yang selama ini membeli dengan harga serendah RM28 berasa tidak adil dengan harga tetap yang diberikan.

“Benih bersubsidi dikeluarkan syarikat-syarikat yang diberikan kuota sepatutnya boleh dijual dengan harga yang lebih murah di pintu kilang dan kerajaan boleh menetapkan harga yang lebih rendah.

“Pelantikan Nafas bukanlah penyelesaian akhir terhadap kemelut benih padi yang berlarutan. Perbincangan mendalam dan telus mesti dilaksanakan dengan penglibatan petani, pengilang dan agensi berkaitan,” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed