by

Biarkan Hasnul dengan pendiriannya – Bersatu Parit Buntar

News Sources:

PARIT BUNTAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Parit Buntar enggan mengulas mengenai wakil rakyat parti itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang mengaku menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar yang baharu.

Ketua Bersatu Parit Buntar, Md. Nayan Salleh berkata, pihaknya mahu menumpukan khidmat untuk rakyat dan bukannya berpolitik.

“Lupakan soal Hasnul, biarlah dia dengan pendiriannya, begitu juga dengan kami.

“Rakyat dah muak dengan isu-isu politik, kami Bersatu Parit Buntar kini lebih fokuskan kebajikan rakyat, tanggungjawab kepada rakyat perlu diberi keutamaan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program gotong royong membersihkan kawasan perkuburan Islam Kampung Haji Taib, Kuala Kurau dekat sini hari ini.

Sebelum ini, Hasnul Zulkarnain mengakui memberikan sokongan kepada Pengerusi UMNO Perak, Saarani untuk dilantik sebagai menteri besar, menggantikan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Perakuan bersumpah (SD) untuk menyokong Saarani itu ditandatangani selepas usul undi percaya terhadap Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti pada sidang DUN Perak pada 4 Disember lalu.

Berikutan itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya menunggu bukti daripada pihak UMNO berkenaan pendirian Hasnul Zulkarnain sebelum tindakan terhadapnya dapat dilakukan. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed