by

Bicara kes bekas Exco Perak atas tuduhan rogol didengar di Mahkamah Tinggi

News Sources:

PUTRAJAYA:  Mahkamah Persekutuan memutuskan perbicaraan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak, Paul Yong Choo Kiong terhadap tuduhan merogol pembantu rumahnya, didengar di Mahkamah Tinggi.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan akhir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

Beliau yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohd. Zawawi Salleh dan Datuk Mary Lim Thiam Suan berpuas hati rayuan bekas Exco berkenaan mempunyai merit.

Panel itu menetapkan 21 Disember ini untuk sebutan di Mahkamah Tinggi Ipoh manakala tarikh pendengaran di Mahkamah Sesyen yang telah ditetapkan sebelum ini, dilapangkan.

Choo Kiong selaku perayu diwakili oleh peguam-peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, K. Mangai.

Choo Kiong, 50, merayu keputusan Mahkamah Rayuan pada 10 Februari lalu yang menolak rayuannya dengan keputusan majoriti serta memerintahkan perbicaraan didengar di Mahkamah Sesyen.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Yaacob Md. Sam ketika itu mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 26 November tahun lalu yang menolak permohonan Choo Kiong untuk memindahkan kesnya mengikut Seksyen 417, Kanun Acara Jenayah.

Bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam Perak itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ipoh terhadap pertuduhan merogol pembantu rumahnya warganegara Indonesia berumur 23 tahun.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di kediamannya di Meru Desa Park antara pukul 8.15 dan 9.15 malam pada 7 Julai tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

The post Bicara kes bekas Exco Perak atas tuduhan rogol didengar di Mahkamah Tinggi appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed