by

Biden batal dana bina tembok

News Sources:

WASHINGTON – Presiden Joe Biden telah membatalkan perintah darurat nasional yang digunakan untuk membiayai tembok sempadan yang dicetuskan oleh Donald Trump.

Dalam sepucuk surat kepada Kongres pada hari Khamis, Biden menulis bahawa perintah itu “tidak terpakai” dan mengatakan tiada lagi dana cukai yang akan dibelanjakan untuk tembok berkenaan.

Trump mengisytiharkan keadaan darurat di sempadan selatan pada tahun 2019, yang membolehkannya beliau menggunakan dana ketenteraan untuk pembinaannya tembok tersebut.

Trump telah membelanjakan kira-kira AS$25 bilion untuk projek berkenaan.

Pembinaan tembok sempadan itu merupakan ikrar Trump semasa kempen pilihan raya pada tahun 2016.

Tetapi projek itu menghadapi tentangan kuat di Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat dan Trump mengumumkan akan menggunakan kuasa darurat untuk membiayai pembangunannya.

Pengisytiharan darurat membolehkan Presiden AS mengelak daripada proses politik biasa dan mengakses dana ketenteraan.

Pelbagai jenis pagar sepanjang 654 batu (lebih dari 1,000 km) sudah dibangunkan sebelum Trump menjadi presiden pada tahun 2017.

Semasa di bawah pentadbiran Trump, tembok baharu sejauh 80 batu dibina dan hampir sepanjang 400 batu menggantikan bahagian struktur yang ada. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed