by

Bilangan jawatan sektor swasta lebih rendah di suku ke-4 2020

News Sources:

KUALA LUMPUR – Suku keempat tahun 2020 adalah tempoh amat mencabar kepada pasaran buruh lanjutan daripada gelombang ketiga Covid-19 dan diikuti dengan penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan peraturan

lebih ketat di kawasan tertentu di negara ini bagi tempoh dua bulan terakhir tahun 2020.

Tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti ekonomi harian telah banyak terjejas, terutamanya dalam perniagaan domestik dan perusahaan kecil.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, namun dengan adanya pelancaran pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), keadaan ekonomi akan lebih stabil dan memberi lebih banyak peluang kepada perniagaan untuk pulih secara beransur-ansur pada tahun ini seterusnya mewujudkan lebih banyak kekosongan jawatan.

Menurutnya, bilangan jawatan di sektor swasta lebih rendah di suku keempat 2020, menurut Laporan Statistik Guna Tenaga Suku Keempat, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jumlah jumlah jawatan direkodkan adalah 8.457 juta berbanding 8.661 juta pada suku sama tahun lepas.

Penurunan sebanyak 204,000 jawatan ini menunjukkan permintaan buruh yang agak perlahan rentetan daripada peningkatan semula kes Covid-19 pada suku keempat 2020.

Daripada keseluruhan jumlah jawatan pada suku keempat, sebahagian besarnya adalah jawatan separuh mahir dengan sumbangan 62.4 peratus, diikuti mahir (24.4%) dan berkemahiran rendah (13.2%).

Katanya, dalam tempoh yang sama, sebanyak 51.6 peratus jawatan adalah di sektor perkhidmatan, diikuti oleh pembuatan (26.7%), pembinaan (15.2%).

Selebihnya di pertanian dan perlombongan & pengkuarian yang merangkumi 6.5 peratus.

Mengulas mengenai permintaan buruh pada suku ini, Mohd Uzir berkata, kadar pengisian jawatan kekal pada 97.9 peratus dengan merekodkan 8.281 juta jawatan diisi.

Walau bagaimanapun, jumlah ini menurun 12,000 berbanding suku ketiga iaitu 8.293 juta jawatan diisi.

Kategori separuh mahir mendominasi jawatan diisi dengan sumbangan 62.6 peratus (ST3 2020: 62.4%) manakala mahir merangkumi 24.4 peratus.

Analisis perbandingan prestasi suku tahunan mengikut sektor ekonomi menunjukkan hampir semua sektor merekodkan bilangan jawatan diisi yang lebih rendah kecuali pembuatan yang merekodkan peningkatan sebanyak 59,000 kepada 2.159 juta jawatan

diisi.

Kekosongan jawatan pada suku ini adalah sebanyak 176 ribu jawatan dengan kadar 2.1 peratus (ST3 2020: 2.1%).

Walau bagaimanapun, bilangan kekosongan jawatan adalah 34,000 lebih rendah berbanding suku lepas (ST3 2020: 179.3 ribu). Jika dibandingkan dengan suku yang sama tahun lepas, penurunan pada suku ini adalah lebih tinggi iaitu sebanyak 22,000 (ST4 2019: 198.0 ribu).

Sebahagian besar kekosongan adalah pada kategori separuh mahir (98,200) dan diikuti oleh mahir (40, 500).

Mengikut sektor ekonomi, sebahagian besar kekosongan jawatan adalah dalam sektor pembuatan (55.6%) terutamanya subsektor produk elektrik, elektronik dan optik (17.6%) dan diikuti oleh Produk petroleum, kimia, getah dan plastik (10.5%).

Ketua Perangkawan Malaysia seterusnya menyatakan bahawa di sebalik prestasi perlahan ekonomi yang berlaku berikutan krisis Covid-19 di Malaysia, 16,700 jawatan baharu diwujudkan di sektor swasta.

Walau bagaimanapun, berbanding dengan suku lepas, pewujudan jawatan baharu telah berkurang sebanyak 4,300 (ST3 2020: 21.0 ribu).

Dari segi kategori kemahiran, sebahagian besar jawatan baharu dicatatkan pada kategori separuh mahir yang merekodkan 10,600  bersamaan dengan 63.2 peratus, diikuti mahir 4.9 ribu (29.5%) dan berkemahiran rendah 1.2 ribu (7.3%).

Melihat kepada aktiviti ekonomi, majoriti jawatan baharu diwujudkan adalah di sektor pembuatan iaitu 6,800 (40.5%)

terutamanya di subsektor produk elektrik, elektronik dan optik.

Selain itu, subsektor perdagangan borong dan runcit mencatatkan 2,100 (12.7%) jawatan baharu di sektor perkhidmatan. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed