by

Bintang Chelsea akhirnya menyerlah – Utusan Digital

News Sources:

LONDON: Selepas mempamer aksi suram, bintang baharu Chelsea, Timo Werner dan Kai Havertz akhirnya menyerlah ketika membantu Blues mara ke pusingan keempat Piala FA selepas menundukkan kelab sukan Liga Dua, Morecambe 4-0 hari ini.

Pemain tengah England, Mason Mount meletakkan Blues selesa di depan pada ulang tahun kelahirannya yang ke-22 hasil rembatan dari jarak 23 meter.

Penyerang Jerman, Werner meledak gol kedua dan pertamanya buat kelab sejak 7 November sebelum Callum Hudson-Odoi mencetak nama sebagai penjaring ketiga.

Havertz menyempurnakan gol keempat menerusi tandukan selepas menerima hantaran silang Cesar Azpilicueta cross.

“Saya gembira Timo berjaya menjaringkan gol kerana dia memang mahu meletakkan nama sebagai penjaring. Dia mempunyai banyak peluang kali ini.

“Saya harap dia dan Kai akan meneruskan momentum baik ini dalam Liga Perdana,” kata pengurus Chelsea, Frank Lampard. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed