by

Bisa Deathstalker paling mahal di dunia

News Sources:

LONDON: Bisa yang dihasilkan kala jengking `Deathstalker‘ menjadi bisa paling mahal di dunia ini dengan harga komersil boleh mencecah sehingga AS$39 juta (RM157 juta) segelen.

Lapor Oddity Central, Deathstalker juga merupakan salah satu spesies kala jengking yang paling berbahaya di dunia.

Sengatan kala jengking boleh menyebabkan maut kepada golongan kanak-kanak dan dewasa, malah dikatakan 100 kali ganda lebih menyakitkan berbanding sengatan lebah.

Menurut beberapa pakar, kesakitan dialami akibat sengatan kala jengking Deathstalker juga boleh digambarkan sebagai penyeksaan.   

Jelas laporan itu, individu perlu mengeluarkan racun kala jengking Deathstalker menggunakan tangan mereka bagi mendapatkan campuran cecair berharga itu.

Salah satu komponen racun iaitu chlorotoxin peptida berpotensi merawat barah otak manusia sementara komponen lain boleh digunakan untuk mengawal insulin dan merawat diabetes.

Menurutnya, seekor kala jengking spesies Deathstalker dewasa hanya mampu menghasilkan racun hingga dua miligram (mg) pada satu masa.

Tambah laporan itu, ia juga memerlukan tempoh dua hingga tiga minggu untuk seekor kala jengking memenuhi semula  bekalan racunnya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed