by

Bisa Ronaldo julang Juventus – Utusan Digital

News Sources:

MILAN: Dua jaringan Cristiano Ronaldo membantu Juventus bangkit daripada kekalahan pertama Serie A musim ini dengan menundukkan Udinese 4-1 pagi tadi untuk melonjak ke tangga kelima.

Bagaimanapun AC Milan masih mengungguli takhta, 10 mata meninggalkan Juventus selepas menundukkan Benevento 2-0 biarpun beraksi dengan 10 pemain selama hampir sejam.

Inter Milan yang membelasah Crotone 6-2, berterima kasih kepada hatrik pertama Lautaro Martinez bersama kelab mengekori rapat di tangga kedua dengan satu mata di belakang..

“Kami tidak benarkan diri kami tertekan dengan keputusan pencabar lain,” kata pengurus Juventus, Andrea Pirlo.

Ronaldo pula sekali lagi membuktikan ketajaman buat Juventus dengan meledak gol pada kedua-dua babak untuk jaringannya yang ke-14 musim ini, selain mencipta gerakan untuk gol Federico Chiesa selepas rehat.

Paulo Dybala menjaringkan gol keempat di masa kecederaan bagi membolehkan skuad bimbingan Pirlo bangkit daripada kekalahan mengejut 0-3 kepada Fiorentina sebelum ini.

“Ia bukanlah yang terbaik daripada Juventus kerana kami bangkit daripada kekalahan memalukan dan agak gementar pada awal permainan.

“Perlahan-lahan kami temui rentak dan bertambah baik pada babak kedua,” kata Pirlo.

Di San Siro, gandingan Martinez dan Romelu Lukaku terbukti berbisa buat Inter yang kini menang lapan aksi liga berturut-turut selepas membelasah Crotone di tempat sendiri. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed