by

Bos Gaurus bersemangat mulakan latihan

News Sources:

IPOH: Perak FC memulakan latihan dengan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) protokol latihan secara gelembung sukan atau Sport Bubble seperti yang dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Latihan sebagai persiapan nagi menghadapi kancah Liga Malaysia yang dijadualkan bermula 5 Mac hadapan itu diadakan di Stadium Mini, Chemor di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, sebagai memenuhi SOP yang telah ditetapkan, kesemua pegawai dan pemain telah menjalani ujian calitan atau swap test pada hari Ahad.

“Kita meneruskan latihan seperti biasa tapi mengikut SOP. Ia adalah satu perkara yang amat penting kerana kita tidak mahu ada pemain-pemain kita atau pegawai-pegawai kita yang akan terkesan dengan Covid-19,” katanya kepada pemberita ketika meninjau sesi latihan pasukan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khairul Shahril berharap pihak pengurusan pasukan mematuhi syarat MKN dalam konteks gelembung sukan ini.
.
Menurutnya, antara protokol am yang perlu dipatuhi ialah saringan suhu badan, dilarang berkongsi air minuman, makanan, pakaian, tuala muka dan peralatan peribadi di samping tidak bersalaman dan mengurangkan interaksi sosial.

Beliau yakin, pegawai dan pemain akan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan kerana mereka sendiri teruja untuk menjalani latihan sebelum sepak mula Liga Malaysia, 5 Mac hadapan.

Dalam perkembangan lain, Khairul Shahril memaklumkan bahawa pertandingan melukis logo Perak FC mendapat sokongan hangat apabila disertai lebih 1,500 penyertaan.

Menurutnya, justeru Jawatankuasa pertandingan terdiri daripada professional dan wakil kelab telah menyenarai pendekkan penyertaan kepadalima atau hadil berdasarkan keaslian hasil kerja.

“Lukisan yang berjaya akan dipertandingkan melalui undian peminat selama 24 jam.

“Tiga terbaik akan dinilai semula oleh panel,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed