by

Bot nelayan Indonesia ceroboh laut negara ditahan

News Sources:

GEORGETOWN: Sebuah bot nelayan asing Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menceroboh perairan negara di kedudukan 52 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini pada pukul 2.37 petang, Jumaat lalu.

Menurut Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Abd. Razak Mohamed, bot nelayan itu ditahan kapal Maritim Perwira dalam rondaan rutin Op Benteng Laut dan Op Pertiwi ketika sedang menangkap ikan di perairan negara.

Jelas beliau, pemeriksaan mendapati bot itu dikendalikan lima kru termasuk tekong berusia lingkungan 22 hingga 46 tahun yang kesemuanya dipercayai warga Indonesia.

“Kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah serta tidak memiliki sebarang kebenaran melakukan aktiviti penangkapan ikan di perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bot dan tahanan itu dibawa ke Ibu pejabat Maritim Malaysia negeri di sini bagi proses saringan Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran.

“Jika disabitkan kesalahan, tekong boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun manakala kesemua awak-awak boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 setiap seorang atau penjara tidak melebihi dua tahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai dan persatuan nelayan memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut di talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang 04-2626146. – UTUSAN ONLINE

The post Bot nelayan Indonesia ceroboh laut negara ditahan appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed