by

Briged PGA, AKSEM disusun semula

News Sources:

IPOH: Pembesaran briged Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah dilakukan secepat mungkin termasuk persediaan prasarana menerusi program rasionalisasi yang turut membabitkan penyusunan semula keanggotaan Agensi Kawalan Sempadan Negara (Aksem).

Ketika ini, perbincangan sedang dilakukan pada peringkat Kementerian Dalam Negeri bagi menilai prosedur operasi agensi tersebut yang kini diletakkan di bawah kawalan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Polis Diraja Malaysia.

Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar berkata, pembesaran PGA nanti melibatkan penambahan sebuah batalion masing-masing di Kunak, Keningau dan Kudat manakala sebuah lagi batalion baharu PGA ditempatkan di Sarawak.

Menurut beliau, pembesaran briged tersebut tidak melibatkan penambahan anggota tetapi penyusunan kembali kekuatan anggota sedia ada mengikut keperluan pada setiap batalion serta meningkatkan daya tempur.

“Rancangan rasionalisasi PGA ini turut melibatkan penyusunan kembali Aksem untuk kita atur keanggotaan dengan keperluan semasa. Perkara membabitkan Aksem ini kita jangka akan dimuktamadkan pada Jun nanti.

“Kewujudan batalion-batalion ini dapat direalisasikan dalam memastikan kawalan keselamatan di kawasan sebelah sana lebih kukuh dan menyeluruh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran buku ‘69 Komando : Lahad Datu 2013’ di Kem Ulu Kinta di sini hari ini.

Buku terbitan 69 Komando itu menceritakan pertempuran pasukan tersebut semasa peristiwa Lahad Datu, Sabah pada 2013 yang turut mengorbankan dua wira 69 Komando iaitu Asisten Superintenden Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed