by

Brisbane laksana perintah berkurung tiga hari

News Sources:

BRISBANE: Bandar Brisbane melaksanakan perintah berkurung selama tiga hari selepas seorang pekerja di sebuah hotel yang menjadi pusat kuarantin dijangkiti varian baharu Covid-19 United Kingdom (UK).

Seorang tukang cuci dijangkiti varian baharu tersebut dari seorang pelancong yang menjalani kuarantin di sebuah hotel di sini.

Bermula petang ini, lebih dua juta penduduk di Brisbane perlu duduk di rumah dan hanya keluar jika mempunyai urusan penting.

Ketua Menteri Queensland, Annastacia Palaszczuk memaklumkan, pihak berkuasa kesihatan berusaha untuk mengekang penularan varian baharu tersebut dengan kadar segera.

Varian baharu tersebut didakwa lebih mudah berjangkit berbanding strain Covid-19 yang dikesan di negara ini. – AFP





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed