by

Buang bayi: Remaja perempuan ditahan

News Sources:

KLANG: Tidak sampai 24 jam kes pembuangan bayi yang masih bernyawa ditemukan di belakang sebuah rumah, polis berjaya menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Suspek berusia 18 tahun itu ditahan semalam kira-kira pukul 10 malam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, hasil siasatan telah membawa kepada suspek yang didapati tinggal berhampiran dengan lokasi kejadian.

“Suspek tidak bekerja dan berasal dari negeri Pantai Timur dan menetap bersama ibu tirinya di kawasan berhampiran lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mengaku terlibat dengan kes tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan di belakang sebuah rumah di Kampung Delek Kanan, Sungai Udang di sini semalam.

Bayi perempuan yang masih bernyawa dan terdapat tali pusat beserta uri itu ditemukan seorang kanak-kanak lelaki sebelum memaklumkannya kepada pemilik rumah tersebut kira-kira pukul 12.08 tengah hari.

Bayi itu ditemukan dalam keadaan masih bernyawa dan dibalut dengan kain batik serta bertuala. -UTUSAN ONLINE

The post Buang bayi: Remaja perempuan ditahan appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed