by

Buat PRK jika wakil rakyat lompat parti

News Sources:

SAUDARA PENGARANG,

Politik di negara ini masih lagi tidak kukuh, juga tidak stabil. Suasana begini (terumbang-ambing) cuba dimainkan oleh segelintir wakil rakyat yang hanya memikirkan kepentingan diri mereka.

Ini ekoran tindakan mereka melompat parti sedangkan rakyat pada pilihan raya umum lalu memilih wakil rakyat bukan untuk menyuruh lompat sana sini.

Sebaliknya, rakyat mahu kepentingan dan kepayahan hidup mereka dibantu dan dibela selalu, bukan untuk melihat wakil rakyat bertukar parti.

Jika sudah bertukar parti, timbullah pelbagai masalah pengurusan organisasi membabitkan kehidupan rakyat menyebabkan pengundi hilang kepercayaan kepada wakil rakyat tersebut.

Wakil rakyat yang berangan-angan mahu melompat parti dan yang telah berbuat demikian disifatkan sebagai ‘penderhaka’ dan dalam erti kata sebenarnya kerana pentingkan diri sendiri.

Mereka asyik bersandiwara sehingga lupa yang tindakan tersebut telah ‘menodai’ kepercayaan rakyat. Tak mengapalah. Lompat sana-sini pun elaun tetap berjalan juga.

Nak susah apa sangat!

Lain kali jika ada wakil rakyat berbuat demikian, dicadangkan jawatan mereka dilucutkan dan pilihan raya kecil (PRK) perlu dilaksanakan bagi mencari wakil rakyat baharu.

ANAK PERLIS
Perlis





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed