by

Budak perempuan tahan sakit kaki tersepit jeriji longkang

News Sources:

BUTTERWORTH: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan selama lebih 20 minit selepas kaki kanannya tersepit pada jeriji longkang di sini petang ini.

Kejadian berlaku di kawasan Pangsapuri Sri Bagan, Kampung Bagan Dalam di sini ketika kanak-kanak berusia lima tahun itu dipercayai sedang bermain di situ.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.21 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa kemudian dilakukan dengan menggunakan alat pemotong atau ‘rescue cutter’.

“Operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.40 petang selepas kaki mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian tersebut. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed