by

Budaya mandi sauna di Finland disenaraikan dalam UNESCO

News Sources:

WASHINGTON: Budaya mandi sauna di Finland merupakan antara tradisi negara yang disenaraikan dalam kategori warisan kebudayaan tidak ketara di bawah Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Lapor The Guardian, senarai berprestij itu turut merangkumi tradisi membakar roti sourdough di Malta, tarian Budima di Zambia serta pertandingan memotong rumput di Bosnia dan Herzegovina.

Kesemua tradisi itu merupakan antara 35 penyertaan dari seluruh dunia yang dimasukkan dalam senarai tahun ini.

Tradisi bermain `hunting horn’ (tetuang) yang dikaitkan dengan negara Itali, Perancis, Belgium dan Luxembourg serta seni pembuatan manik kaca juga disenaraikan.

“Budaya mandi sauna di Finland merupakan sebahagian kehidupan majoriti penduduk Finland yang tidak dapat dipisahkan.

“Mandi sauna yang boleh dilakukan di rumah mahupun tempat awam bukan sekadar membersihkan diri sahaja tetapi lebih daripada itu.   

“Mandi sauna membolehkan seseorang membersihkan badan, fikiran mereka serta merasakan ketenangan diri,” kata UNESCO.

Antara seni kuliner menerima status khas tersebut adalah tradisi membakar roti sourdough dan masakan kuskus iaitu penyertaan dikemukakan secara bersama oleh Algeria, Maghribi, Tunisia dan Mauritania. 

“Tradisi yang menentukan diri kita. Pengetahuan, amalan dan tradisi berkaitan penyediaan hidangan makanan kuskus baharu sahaja dimasukkan dalam senarai warisan kebudayaan tidak ketara,” katanya.  

The post Budaya mandi sauna di Finland disenaraikan dalam UNESCO appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed