by

Buka pusat kuarantin risiko rendah sendiri

News Sources:

GEORGETOWN: Kerajaan negeri mencadangkan kilang-kilang di negeri ini mewujudkan pusat kuarantin berisiko rendah Covid-19 di kawasan premis masing-masing bagi merawat pekerja yang disahkan positif.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu akan dibawa untuk pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya kes positif Covid-19 melibatkan pekerja asing di negeri ini terus meningkat.

Jelas beliau, cadangan mewujudkan pusat kuarantin berisiko rendah di dalam kilang ini adalah sama seperti yang dilakukan dalam kes kluster penjara reman dan Seberang Perai untuk merawat kakitangan dan banduan yang positif.

“Jabatan Kesihatan negeri akan mengambil tanggungjawab memastikan kilang-kilang yang dicadangkan itu mempunyai kemudahan sesuai sebelum digazetkan sebagai pusat kuarantin risiko rendah bagi pekerja yang disahkan positif Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed