by

Bukit Aman siasat dakwaan mangsa gangguan seksual masa SJR

News Sources:

GEORGE TOWN – Polis Diraja Malaysia akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan seorang wanita yang mendakwa berlaku insiden gangguan seksual semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan kerana melibatkan integriti pasukan beruniform tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

“Kita minta pengadu tampil membuat laporan agar siasatan dapat dibuat secara menyeluruh dari sudut jenayah dan tatatertib.

“PDRM tidak akan berkompromi hal-hal sebegini ia bukan saja menjejaskan integriti malah menghakis kepercayaan orang ramai terhadap pihak polis,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Acryl Sani  telah mengarahkan unit komunikasi korporat PDRM membuat hebahan media bagi meminta pengguna jalan raya berkenaan tampil.

Terdahulu tular satu ciapan netizen di Twitter milik @sabiyusof yang mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual ketika melalui SJR Jalan Duta.

Tangkap layar ciapan Twitter @sabiyusof mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual di SJR Jalan Duta.

Menerusi ciapan itu wanita berkenaan mendakwa anggota polis memintanya melakukan perbuatan lucah bagi mengelak dirinya daripada disaman- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed