by

Bunuh anak sebab curang – Utusan Digital

News Sources:

LAMPUNG: Seorang ibu tergamak membunuh anak kandungnya sendiri demi menutup kecurangannya dengan lelaki lain.  

Lapor Tribunnews, mangsa, Kartika Suci Rahayu yang baru berusia sembilan bulan ditemui mati di rumahnya sendiri di Jalan WR Supratman, Teluk Betung Selatan. 

Ketua Polis Teluk Betung Selatan, Hari Budianto berkata, suspek dikenali sebagai AO, 35, ditahan pihak polis pada Isnin lalu. 

“Suspek lain juga sudah ditangkap, iaitu dalang pembunuhan itu yang mempunyai hubungan sulit dengan AO,” katanya. 

Menurutnya, motif pembunuhan itu jelas demi menutup hubungan sulit suspek berdua. 

Katanya, mereka menjalinkan hubungan asmara sejak wanita itu mengandungkan mangsa ketika berusia lima bulan. 

Tambah beliau, mereka sudah merancang pembunuhan itu sejak dua bulan lalu. 

“Mangsa diberi minum gula merah, asam jawa dan minyak ubat rambut kerana suspek risau kalau bayi yang dilahirkan itu mirip rupa skandalnya,” jelasnya. 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed