by

CAAM sahkan lagi helikopter My Heli Club dari Subang terhempas

News Sources:

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter dikendalikan My Heli Club terhempas dekat Pelabuhan Klang, Selangor pagi tadi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kapten Chester Voo berkata, pihaknya mengaktifkan Pusat Koordinasi Penyelamat Aeronautik selepas mendapat maklumat nahas helikopter jenis Robinson R66 tersebut.  

“Helikopter itu terhempas di kawasan lapang berdekatan Zon Perdagangan Bebas di Pulau Indah antara pukul 9.45 pagi sehingga 10 pagi,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.  

Beliau memaklumkan, hekopter  itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada 9.05 pagi dan berada di ruang udara Pulau Indah pukul 9.21 pagi.

Juruterbang helikopter itu jelasnya, melaporkan ‘op normal’ pada 9.45 pagi, namun Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur kemudian tidak menerima sebarang panggilan kecemasan.

 Katanya, kemalangan itu melibatkan seorang juruterbang dan pembantu juruterbang warga tempatan, namun mereka berdua dilaporkan cedera serta berada dalam situasi stabil.

“Penyiasatan lanjut akan dibuat oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

 Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisiten Komisioner Shamsul Amar Ramli mengesahkan pesawat itu sedang dalam latihan penerbangan.

 Helikopter itu, ujarnya, terhempas dari ketinggian kita-kira empat meter dengan keadaan terbalik dan bahagian ekor tercabut sebelum tercampak jauh sekitar 20 meter dari badannya.

Juruterbang holikopter itu, Khairudin Dahlan, 72, dilaporkan cedera di tangan kiri sementara pembantunya iaitu Moithu Kutti Mohamad, 52, hanya mengalami luka kecil. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed