by

Cadangan aktifkan semula Lapangan Terbang Pangkor

News Sources:

LUMUT: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengaktifkan semula operasi Lapangan Terbang Pangkor yang terbiar sejak kira-kira tujuh tahun lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ini melibatkan jenis pesawat yang boleh mendarat serta keadaan landasan sedia ada yang mungkin boleh dipanjangkan lagi.

“Jika ingin benarkan sekurang-kurangnya pesawat jenis ATR-72 yang membawa 70 penumpang mendarat, maka perlu memanjangkan sedikit landasan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ceria Kembali ke Sekolah #MyAirportCARES di Seri Manjung di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd. Shukrie Mohd. Salleh.

Lapangan Terbang Pangkor dibuka sejak 1993 dengan landasan sepanjang 732 meter namun berhenti beroperasi sejak Februari 2014.

Difahamkan, pesawat jenis ATR-72 memerlukan landasan sepanjang 1,200 meter atau 1.2 kilometer. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed