by

Cecair vape diisytihar ‘minyak wangi’ RM1.8j dirampas

News Sources:

PADANG BESAR: Sebanyak 96,160 botol cecair rokok elektronik atau vape pelbagai jenama bernilai RM1.8 juta dirampas selepas cuba diseludup ke Thailand di Jalan Kaki Bukit berhampiran Timah Tasoh di sini hari ini.

Komander Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis, Deputi Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, bertindak daripada maklumat risikan, pihaknya menahan sebuah lori tiga tan yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun pada pukul 10.15 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan 196 kotak berisi cecair vape dipercayai mengandungi nikotin yang diisytiharkan sebagai minyak wangi bagi mengaburi pihak penguat kuasa.

“Cecair vape ini dipercayai dibawa dari Kuala Lumpur dan akan dipasarkan ke Thailand. Siasatan mendapati, sindiket ini sudah beroperasi selama lima bulan dengan kekerapan perjalanan membawa keluar cecair vape ini sebanyak dua kali seminggu.

“Rampasan cecair vape ini merupakan yang terbesar pada tahun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952. Jika disabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara tidak melebihi setahun,” katanya ketika ditemui di Aksem Chuping di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed