by

Cerca PM dalam FB Jokowi perbuatan memalukan

News Sources:

KUALA LUMPUR – Tindakan sesetengah penyokong pembangkang yang didakwa mencerca Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Facebook Presiden Indonesia amat memalukan.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris kesal dengan apa yang berlaku kerana ia melibatkan hubungan dengan negara luar.

“Tak suka atau benci macam mana kita dengan pemimpin negara janganlah aibkan hingga ke negara luar. Dalam rumah kita, nak gasak kita gasaklah. Belajarlah kematangan dalam hidup.

“Saya rasa malu bila mana gerombolan mereka rakyat Malaysia masuk komen dalam FB Bapak Presiden Indonesia Jokowi dengan melemparkan bermacam macam komen yang pada saya tidak matang dan jelik,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Muhammad Azri atau Papagomo, ada rakyat Indonesia yang rasa hairan dan terkejut dengan komen komen dari rakyat Malaysia menghina mencerca Perdana Menteri.

“Muhyiddin merupakan Perdana Menteri Malaysia yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong. Saya bukanlah gemar dengan Muhyiddin apatah lagi hari ini krisis Covid gagal diurus tadbir kerajaan tetapi beliau adalah PM kita.

“Nak kritik atau kasar sekalipun bahasa nya biar lah dalam rumah kita. Adalah mengaibkan Malaysia bila mana Perdana Menteri kita sendiri diaibkan rakyatnya di negara jiran,” ujarnya.

Beliau seterusnya membidas sikap yang didakwanya didorong pimpinan pembangkang kerana Pakatan Harapan terbabit di sebalik usaha menjatuhkan Muhyiddin.- MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed