by

Chelsea ke suku akhir, Southampton kelompok lapan terakhir Piala FA

News Sources:

WOLVERHAMPTON – Chelsea berjaya menundukkan Barnsley dengan mata 1-0, sekali gus melayakkan pasukan itu ke suku akhir Piala FA.

Manakala Southampton melupakan prestasi dalam Liga Perdana untuk mara ke kelompok lapan terakhir selepas menewaskan Wolves dengan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Chelsea yang berada dibawah kendalian Thomas Tuchel kini menang empat kali dan seri sekali dalam lima perlawanan pertamanya sejak menggantikan Frank Lampard yang dipecat.

Bagaimanapun, skuad Blues bernasib baik selepas persembahan longlai babak pertama di Oakwell berdepan pasukan Liga Kejuaraan itu.

“Tidak cukup keberanian dan terlalu bertahan untuk tempoh yang lama.

“Kami jelas boleh bermain lebih baik, memang benar saya menjangkakan lebih banyak tetapi bukanlah saya berasa kecewa.

“Jika anda kekurangan rentak dan sedikit rasa keyakinan dan anda perlu menunjukkanya di padang, berdepan pasukan yang mengambil semua risiko dan bermain dalam perlawanan terbaik sepanjang hidup mereka, ia bukanlah mudah. Kami boleh lakukan lebih baik tetapi saya tidak mahu terlalu menekan pemain,” kata Tuchel.

Tuchel memperkenalkan Reece James sebagai seorang daripada pemain gantian selepas rehat dan pertahanan kiri itu mencipta gol kemenangan apabila hantaran rendahnya pada minit ke-64 memudahkan Tammy Abraham meledak jaringan ke-12 miliknya musim ini.

Hadiah buat Southampton kerana menewaskan Wolves 2-0 ialah pertembungan dengan pasukan tunggal bukan dari Liga Perdana, Bournemouth pada kelompok lapan terakhir.

Gol Danny Ings dan Stuart Armstrong memberikan sedikit kelegaan buat skuad kendalian Ralph Hasenhuttl selepas lima kekalahan berturut-turut dalam liga termasuk dibelasah 9-0 oleh Manchester United.

Berikut keputusan pusingan kelima Piala FA

Wolves 0 – 2 Southampton

Barnsley 0 – 1 Chelsea

– MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed