by

Chelsea musnahkan misi ‘quadruple’ City

News Sources:

LONDON: Misi Manchester City untuk menyapu bersih empat trofi musim ini lebur selepas tumpas 0-1 kepada Chelsea dalam separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley hari ini.

Tindakan Pep Guardiola merombak kesebelasan utama skuad The Citizens mengundang padah dan gol tunggal Hakim Ziyech sudah memadai untuk mengesahkan kemenangan Blues.

Lebih malang buat City kekalahan tersebut turut diiringi kecederaan buku lali menimpa Kevin De Bruyne, seminggu sebelum final Piala Liga menentang Tottenham dan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara bertemu Paris Saint-Germain (PSG).

Bagi Chelsea, kejayaan melangkah ke perlawanan akhir Piala FA satu lagi pencapaian cemerlang buat Thomas Tuchel yang mengambil alih pasukan daripada Frank Lampard, Januari lalu.

Chelsea yang akan menentang Real Madrid pada separuh akhir Liga Juara-Juara kini bakal bertemu Leicester City atau Southampton di final Piala FA, 15 Mei.

Tiga perlawanan besar dalam tempoh yang rapat memaksa Guardiola melakukan lapan pertukaran dalam kesebelasan utama yang menyingkirkan Borussia Dortmund pertengahan minggu lalu.

Phil Foden dan Riyad Mahrez antara pemain utama yang direhatkan City, manakala Tuchel hanya melakukan tiga pertukaran daripada barisan yang mengalahkan Porto. – AGENSI





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed