by

Choong Hann positif Covid-19 – Utusan Digital

News Sources:

KUALA LUMPUR: Beberapa hari selepas atlet olahraga, Muhammad Irfan Shamsuddin positif Covid-19, Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann pula dijangkiti virus berkenaan.

Perkara itu disahkan BAM dalam satu kenyataan hari ini, namun ujian calitan yang dijalankan terhadap 39 pemain dan jurulatih lain semalam disahkan negatif.

Menurut BAM, Choong Hann tidak mempunyai sebarang gejala dan kini menjalani kuarantin sendiri mengikut protokol yang ditetapkan Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara.

Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara juga sudah menjalani proses sanitasi hari ini.

“Selepas berbincang dengan beberapa agensi kerajaan berkaitan, pasukan badminton Malaysia dibenarkan berangkat ke Bangkok, bagi saingan Jelajah BWF Asia seperti dirancang esok.

“Selepas tiba, pemain Malaysia akan menjalani kuarantin sehingga 11 Januari seperti ditetapkan kejohanan.

“Mereka juga akan melakukan beberapa siri ujian calitan sebaik sahaja tiba, selain pada hari keempat, kesembilan, ke-18 dan tiga hari sebelum pulang (ke tanah air).

“Menjelang final Siri Dunia BWF, ujian calitan selanjutnya akan dilakukan pada hari ke-22 dan hari 26 sebelum pulang. Untuk rekod, pemain Malaysia, jurulatih dan pegawai akan menjalani kira-kira lima ke tujuh ujian calitan.

“Pemain Malaysia akan kekal komited dan memberikan yang terbaik atas nama dan juga kebanggaan Jalur Gemilang.

“Selain itu, ia adalah menjadi harapan Choong Hann untuk melihat semua pemain berjaya selepas berusaha gigih di ABM. Ini kejohanan pertama mereka selepas  pasca pandemik di Thailand.

“Kami semua di persatuan mendoakan Choong Hann cepat sembuh,” kata BAM dalam kenyataan itu.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed