by

Cik Piah senang hati anak-anak teruja dapat adik lelaki

News Sources:

KUALA LUMPUR: Penyampai radio terkenal, Cik Piah atau Feeya Iskandar selamat menimang cahaya mata lelaki lelaki seberat 3.38 kilogram di pusat perubatan Seri Kembangan, Selangor, pukul 7 malam Khamis.

Meskipun dilahirkan normal, Cik Piah yang dihubungi berkata, bayi terpaksa menerima bantuan vakum kerana kepalanya ke atas.

“Bercakap fasal proses memang sangat lama namun Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dengan adanya doktor yang sama sambut bayi kedua sebelum ini.

“Sekarang ini saya sedang berpantang di rumah suami, Klang. Ada mak mertua dan kakak ipar yang tengokkan. Sebelum ini pun memang mereka yang tolong pantau dalam dua ke tiga minggu kemudian barulah ke rumah mak di Johor. Pun begitu, keadaan sekarang terpaksalah tunggu sekejap sampai ada pengumuman merentas negeri,” ujarnya.

Bercerita mengenai telatah anak-anak ketika kali pertama menyambut adik mereka, Cik Piah berasa senang hati kerana anak lelaki ketiga itu disambut mesra oleh kedua abangnya.

“Anak kedua reaksi mula-mula itu merajuklah juga, iyalah jarak dengan adik sekarang tiga tahun, tapi lama-kelamaan dia dah okey. Si abang pula memang faham, pendek kata anak-anak teruja sebab sejak adik dalam perut lagi mereka asyik bertanya bila baby nak keluar.

“Saya cukup rasa gembira sebab anak-anak senang dengan adik mereka, suka tengok ada baby, tapi janganlah minta mak dia setiap tahun ya,” katanya sempat berseloroh.

Feeya dan Nurashid mendirikan rumah tangga pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 4, dan Nuh Aryyan, 3.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed