by

City terlalu sukar digugat – Utusan Digital

News Sources:

LONDON: Manchester City semakin sukar digugat apabila mengukuhkan cengkaman pendahulu Liga Perdana Inggeris dengan membenam Tottenham 3-0 pagi tadi.

Kemenangan ke-16 berturut-turut (semua pertandingan) membolehkan The Citizens mendahului liga dengan kelebihan tujuh mata ke atas Manchester United.

Dua jaringan Ilkay Gundogan dan sepakan penalti Rodri meletakkan City di landasan meraih trofi ketiga dalam tempoh empat musim terakhir.

United mampu merapatkan jurang kepada lima mata jika menumpaskan West Brom malam ini, namun City masih memiliki baki satu perlawanan dalam tangan.

Pertemuan ke-25 antara seteru lama Pep Guardiola dan Jose Mourinho dimulakan dengan Rodri meletakkan City di depan pada minit ke-23.

Spurs kini tumpas dalam lima daripada enam perlawanan terakhir untuk semua kejohanan.

Mereka menduduki tangga kesembilan, empat mata dipisahkan dengan kelompok empat terbaik.

“Pasukan yang segar berdepan pasukan penat namun kami berjaya melakukan percubaan yang mengenai tiang dan mampu mendahului 1-0 untuk memperoleh kelebihan awal.

“Pasukan yang tidak bersatu akan menyerah kalah dan dihukum, namun anak-anak buah saya telah memberi segala-galanya,” kata Mourinho.

“Saya kagum dan gembira dengan keberanian mereka. Bagaimanapun, pemain yang ambil penalti tidak bagus. Kami bernasib baik,” kata Guardiola.

Sementara itu, Aston Villa terlepas peluang untuk menghampiri kelompok empat terbaik selepas seri 0-0 Brighton.

Burnley pula menjarakkan diri dari zon penyingkiran kepada 11 mata selepas menang 3-0 ke atas Crystal Palace.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed