by

Covid-19: Empat kes kematian direkodkan di Johor

News Sources:

JOHOR BAHRU – Sebanyak empat kes kematian disebabkan pandemik Covid-19 direkodkan di negeri Johor pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyananthan berkata, ini menjadikan kumulatif kematian akibat wabak Covid-19 di negeri ini meningkat kepada 39 kes sehingga semalam.

Beliau berkata, sehingga 31 Disember lalu, kumulatif kes kematian akibat pandemik Covid-19 adalah 35 kes.

“Sehingga semalam, kumulatif kematian yang direkodkan setakat ini adalah sebanyak 39 kes.

“Sebanyak 295 kes baharu dicatatkan di negeri ini sehingga semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 174 adalah daripada kluster-kluster sedia ada, 74 kes saringan kontak rapat dan 47 kes membabitkan lain-lain saringan.

“Ini menjadikan kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 6,900 kes. 3,432 kes telah pulih manakala 3,429 kes yang aktif telah pun diasingkan dan diberi rawatan di
hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan memberitahu, kumulatif kluster aktif di negeri ini adalah sebanyak 31 kluster.

Katanya, kluster terbabit melibatkan Kluster Belati di mukim Tebrau, Kluster Rengit Sentral (mukim Pengerang), Kluster Wawasan Gading (mukim Simpang Kanan), Kluster Harum (mukim Plentong) dan Kluster Dewani (mukim Tebrau).

Katanya, kluster lain yang masih aktif ialah kluster Jalan Perindustrian (mukim Senai ), Kluster Kampung Baharu (mukim Jelutong), Kluster Pekeliling (mukim Plentong), Kluster Tembok Choh (mukim Pulai) dan Kluster Bukit Pasir (mukim Sg Raya). -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed