by

Covid-19: Kes varian UK, Afrika Selatan dikesan di Bali

News Sources:

JAKARTA: Gabenor Bali, Wayan Koster meminta masyarakat supaya mengambil langkah berjaga-jaga susulan penemuan dua kes varian baharu Covid-19 dari United Kingdom (UK) dan Afrika Selatan yang kini menular di kepulauan itu.

Lapor Kompas, kes tersebut membabitkan varian B117 dan B.1.351.

Malah, dilaporkan, kes varian baharu dari Afrika Selatan menyebabkan seorang penduduk Badung di Bali meninggal dunia.

Justeru, Wayan Koster menasihatkan penduduk agar sentiasa berwaspada.

Jelas beliau, pematuhan protokol kesihatan merupakan pendekatan terbaik dalam mengurangkan kadar penyebaran wabak Covid-19 termasuk mencegah penularan varian baharu Covid-19 yang sehingga kini sudah menjangkiti dua penduduk Bali.

“Jadi, kita harus sentiasa berhati-hati dan berwaspada serta mengikut garis panduan ditetapkan ketika menghadiri sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan dan komuniti,” katanya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed