by

Covid-19: Makin ramai tidak patuh SOP 

News Sources:

JAKARTA: Bilangan individu yang mematuhi protokol kesihatan Covid-19 mencatatkan penurunan sebanyak 20 peratus berbanding kes harian wabak itu yang semakin meningkat. 

Kompas.com melaporkan, perkara itu dimaklumkan oleh Jurucakap Tugas Khas Menangani Covid-19, Wiku Adisasmito menerusi sidang akhbar yang disiarkan secara langsung dalam You Tube pada Khamis. 

“Dengan bilangan pematuhan protokol kesihatan yang hanya 20 ke 30 peratus, ia menyaksikan peningkatan bilangan kes positif melebihi 100 peratus,” katanya. 

Menurutnya, dari September hingga penghujung Disember tahun lalu, tahap pematuhan orang ramai dengan langkah pencegahan protokol kesihatan Covid-19 semakin menurun. 

Katanya, pada Oktober tahun lalu, bilangan individu yang memakai pelitup muka sekitar 70 peratus sementara, pematuhan arahan penjarakan sosial melebihi 60 peratus. 

Namun pada Disember tahun sama, bilangan individu yang mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka hanya 55 peratus dan penjarakan sosial berkurang menjadi 39 peratus. 

Sedangkan jelasnya, kes positif Covid-19 menyaksikan peningkatan sehingga mencecah 113 peratus. 

Data itu sekali gus menunjukkan ketidakpatuhan orang ramai dengan protokol kesihatan menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 sekali gus memberikan cabaran besar kepada petugas barisan hadapan.  

 





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed