by

Covid-19: Selangor rancang beli 3 hingga 5 juta dos vaksin

News Sources:

SABAK BERNAM: Kerajaan negeri Selangor merancang membeli kira-kira tiga hingga lima juta dos vaksin Covid-19 sebagai tindakan mengawal penularan virus dan memutuskan rangkaian jangkitan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun, perkara itu akan dibincangkan dengan kerajaan Persekutuan dan dibawa pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan pada Rabu ini. 

“Langkah tersebut bagi memastikan kesihatan rakyat negeri ini terus terjamin di samping memastikan bekalan vaksin Covid-19 mencukupi. 

“Selangor perlu membeli vaksin ini kerana keperluannya kepada rakyat dan juga kepada pekerja asing kerana industri di negeri memerlukannya. Setakat ini, vaksin Covid-19 disediakan kepada warganegara dan pekerja asing mereka perlu membeli vaksin tersebut.

“Segala kos juga akan dibincangkan kerana perkara ini memerlukan peruntukan tinggi selain melihat kepada keperluan tahunan demi kesihatan rakyat dan industri,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perasmian Dataran Patriotik Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam di sini hari ini.

Berhubung Selangor merekodkan kes harian tertinggi, Amirudin berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negeri pada minggu lalu. 

Menurutnya, beberapa perancangan dan pelan tertentu masih dalam tindakan, namun sebahagiannya perlu mendapatkan kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

“Setakat ini, kita akan cuba membantu MKN kerana suasana kini berbeza memandangkan Selangor dan beberapa negeri mencatatkan kes tertinggi terutama membabitkan pekerja kilang dalam kalangan warga asing yang telah menjalani saringan.

“Jika sebelum inim mereka tidak disaring, namun apabila Selangor antara negeri mewajibkan pekerja asing disaring, akhirnya kita mendapat kes tinggi.

“Kita akui penularan kes positif Covid-19 juga merebak dalam kalangan institusi kerajaan. Oleh demikian, kita harus menyusun semula strategi supaya sistem kesihatan mampu menampung dan mengawal jangkitan ini,” katanya. -UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed