by

Covid-19: Selangor tertinggi untuk hari ke-10

News Sources:

PUTRAJAYA: Selangor kekal merekodkan kes harian baharu Covid-19 tertinggi iaitu 461 kes yang mana 309 kes adalah daripada kluster dan saringan kontrak rapat.

Sabah pula menjadi negeri kedua tertinggi iatu 225 kes diikuti Johor sebanyak 205 kes.

Sehingga kini, terdapat 108 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan dengan tiga kematian dan empat kluster baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,247 kes baharu direkodkan yang menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 101,565 kes.

Katanya, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan pula adalah 18,576 kes.

“Bagi kes sembuh pula, sebanyak 1,441 kes dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 82,540 kes.

“Sebanyak 211 kes daripada kes positif baharu yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Gajah (113 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (86 kes), Kluster Tembok (8 kes) dan Kluster Pompod (4 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas mengenai empat kluster baharu, Dr. Noor Hisham berkata, Kluster Cassia Diamond membabitkan Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Kuala Selangor dan Gombak, Selangor serta daerah Barat Daya, Pulau Pinang, seramai 76 individu disaring, yang mana 25 kes dikesan positif.

Katanya, Kluster Pompod di Kota Belud dan Kudat, Sabah, seramai 216 individu disaring yang mana 19 kes dikesan positif.

“Bagi dua kluster terakhir adalah membabitkan kluster tempat kerja, Kluster Tapak Bina Kiara di Kepong, Kuala Lumpur, seramai 372 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

“Kluster Tapak Bina Perkasa di Cheras, Kuala Lumpur, seramai 451 individu disaring dan hasilnya, 11 kes positif,” katanya.

Tambahnya, sebanyak 204 kluster aktif dipantau dan daripada jumlah itu, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Gajah (113 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (86 kes), dan Kluster Puncak Galaksi (51 kes),” katanya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed