by

Cuba seludup ubatan dari Malaysia

News Sources:

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menemukan sejumlah ubat-ubatan yang didakwa diseludup secara haram dari Malaysia.

Lapor CNN Indonesia, kesemua ubatan tersebut ditemukan ketika pasukan tentera yang melakukan rondaan di kawasan Pos Lintas Batas Negara (PLBN) Entikong, Sanggau, Kalimantan Barat.

Jurucakap tentera, Alim Mustofa berkata, jalan tikus di kawasan sempadan kedua-dua negara sering digunakan untuk menyeludup pelbagai barangan termasuk ubat-ubatan dari Malaysia.

“Kegiatan penyeludupan itu berjaya di patahkan pihak berkuasa selepas pasukan tentera menemukan dua kotak besar berisi pelbagai jenis ubatan haram dari Malaysia.

“Kedua-dua kotak tersebut disembunyikan dan ditinggalkan pemiliknya di dalam semak,” katanya.

Jelas Alif, setelah diperiksa, pelbagai ubatan terdapat dalam kotak-kotak berkenaan termasuk Panadol dan multivitamin.

“Terdapat 21 jenis ubat yang berasal dari Malaysia dalam dua kotak tersebut dan dirampas kerana tidak memiliki dokumen kebenaran,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa negara ini akan memperketatkan kawalan di kawasan sempadan antara kedua-dua negara bagi mengelak lebih banyak kegiatan penyeludupan berlaku.

Sementara itu, Alif menyatakan kesemua ubatan tersebut diserahkan kepada Pejabat Kesihatan Pelabuhan Kelas II Pontianak.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed