by

Cubaan sihir, Aeril Zafril ajak pelaku bersemuka

News Sources:

KUALA LUMPUR – Pelakon, Aeril Zafril mendedahkan ada cubaan serangan sihir terhadapnya dan keluarga dari individu yang tidak bertanggungjawab.

Namun cubaan itu telah dipatahkan dengan bantuan yang lebih arif dalam bidang agama, katanya.

Tanpa mengulas lanjut, Aeril atau Suhairil Sunari memohon maaf sekiranya kesilapan dirinya mengakibat individu itu ingin menyihirnya.

Namun beliau juga berkata telah memaafkan perbuatan ‘seseorang’ itu.

Malah suami kepada Wawa Zainal itu mengajak individu yang tidak didedahkan identitinya itu bersemuka sekiranya tidak berpuas hati dengannya.

“Barangkali ada salah dan khilaf yang saya tak sedari, saya dengan rendah hati memohon maaf pada pihak yang terasa hingga tergamak melakukan percubaan sihir itu.

“Sejujurnya saya memaafkan perbuatan aniaya ‘pihak itu’ kepada saya. Selebihnya saya serahkan pada Allah Rafiqul A’la. Semoga bertaubat dengan sesungguhnya.

“Sekiranya masih ada lagi rasa tidak puas hati atau ingin melampiaskan amarah atau menegur kesilapan saya – marilah bertemu secara nyata dan insyaAllah saya akan berlapang dada untuk mendengarnya dan membetulkan apa jua kesalahan saya jika ada,” katanya menerusi Instagram.

Gambar barangan sihir terhadapnya yang dikongsi Aeril Zafril menerusi Instagramnya.

Tanpa sebarang dendam, Aeril hanya menganggap ia sebahagian daripada ujian perlu dihadapinya.

“Setiap orang ada ujian, cubaan dan dugaan masing-masing. Hanya dengan pertolongan Allah sahaja segalanya dipermudahkan jalan keluarnya dan mampu dihadapi dengan tenang.

“Begitu juga dengan saya, alhamdulillah …. Allah hantarkan bantuannya menerusi orang yang arif – saya dan keluarga terselamat daripada permainan ilmu sihir ‘seseorang’ baru-baru ini.

“Saya mohon ampun maaf pada semua. Saya serahkan diri saya, isteri dan anak-anak kepada sebaik-baik tempat berlindung dan perlindungan Yang Maha Menyelamatkan – Allahu Robbi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed