by

Dadah, ketum bernilai RM2.14 juta dirampas dalam tempoh tiga bulan

News Sources:

KANGAR: Aktiviti penyeludupan nampaknya semakin menjadi-jadi apabila dalam tempoh tiga bulan sahaja dari awal tahun ini, polis negeri merampas dadah dan daun ketum bernilai kira-kira RM2.14 juta.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad memberitahu, sebanyak 272.82 kilogram dadah pelbagai jenis dan 49,496.31 kilogram daun ketum telah dirampas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kangar sehingga Mac.

Katanya, dalam tempoh sama, polis turut menahan 611 individu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

“Jumlah rampasan dan tangkapan yang tinggi itu didorong oleh kejayaan operasi bersepadu yang dilaksanakan polis negeri bersama agensi lain seperti Pasukan Gerakan Am (PGA), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Selain itu, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana terdapat banyak sekatan jalan raya menjadikan permintaan terhadap daun ketum semakin meningkat.

“Pihak polis akan terus memperhebatkan operasi dalam menggempur aktiviti-aktiviti pengedaran dadah serta membanteras kegiatan penyeludupan ketum,” katanya pada majlis pelupusan barang kes daun ketum di Pondok Polis Kuala Sanglang di sini hari ini.

Tambah Surina, sebanyak 40 tan metrik barang kes iaitu daun ketum yang disiasat di bawah Akta Racun 1952 yang bernilai RM1.2 juta dilupuskan semalam.

Katanya, daun ketum tersebut adalah daripada kes sejak 2016 yang sudah selesai dituduh di mahkamah dan melibatkan tangkapan sebanyak 333 individu yang dituduh di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun.

“Buat masa ini, terdapat 180 tan metrik lagi barang kes yang belum dilupuskan kerana masih lagi dalam siasatan yang juga dari 2016.

“Tahun ini menunjukkan peningkatan jumlah barang kes yang dilupuskan berbanding hanya 60 tan metrik bagi keseluruhan tahun lalu,” jelasnya.





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed