by

Dakwa individu langgar SOP lebih sekali di mahkamah

News Sources:

KUALA LUMPUR – Individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19 lebih dari sekali perlu didakwa di mahkamah tanpa dikenakan kompaun.

Menurut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, individu ingkar SOP secara berulang perlu diberikan pengajaran.

“SOP mencegah jangkitan Covid-19 dikeluar dan diuar-uarkan sebagai panduan yang perlu dipatuhi agar mendidik diri supaya tidak dijangkiti wabak. Kerana ia kesalahan yang boleh dikompaun maka kompaun diberi. Apabila kesalahan berulang dilakukan kompaun boleh tidak diberi tetapi dituduh di mahkamah.

“Ia adalah sebagai satu pengajaran kepada mereka yang degil yang enggan mematuhi SOP berkenaan. Walau demikian undang-undang boleh memperuntukkan tanpa kompaun dan sebaliknya dituduh di mahkamah melalui pewartaan,” katanya menerusi ciapan Twitter hari ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula menguatkuasakan tindakan kompaun RM1,000 terhadap mereka yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengikut SOP yang ditetapkan bermula 8 April tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula berpendirian bahawa nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar SOP PKP wajar dinaikkan, susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di negara ini.

Susulan itu dilaporkan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Peguam Negara sedang menyediakan draf cadangan untuk meningkatkan kompaun dan denda berkaitan pematuhan SOP.

Jelasnya, usaha pindaan berkenaan mempunyai kaitan dengan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.-MalaysiaGazette



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed