by

Dakwaan sertai MCA, DAP keluar surat tunjuk sebab

News Sources:

IPOH: DAP bertindak mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng.

Ini susulan laporan berita sebuah akhbar mengenai wakil rakyat DAP itu telah menyertai MCA.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib DAP, Chong Chien Jen berkata, parti menunggu penjelasan Cheok Keng sebelum tindakan sewajarnya akan diambil.

Kelmarin, sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Cheok Keng telah memohon untuk menyertai MCA.

Sebelum ini, Cheok Keng yang juga Timbalan Bendahari DAP Perak mengumumkan keluar parti pada September 2019 tetapi kemudiannya menarik balik keputusannya dua bulan kemudian. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed