by

Dakwaan skandal rasuah palsu, cemar imej SPRM

News Sources:

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memandang serius sebarang bentuk tohmahan yang sengaja diadakan dengan niat untuk mencemar imej organisasi itu.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, ia susulan satu maklumat yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp bertajuk “Konspirasi Dan Skandal Rasuah di Malaysia” mengguna nama penulis, Muhammad Fauzan Jamil.

Dalam hal itu, SPRM bertindak menghubungi penama tersebut menerusi nombor telefon 019-3499238 yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebar luas pihak tertentu.

“Hasilnya, penama tersebut menjelaskan bahawa beliau tidak mengetahui langsung berhubung penulisan yang tersebar itu menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya. 

“Perkara tersebut adalah palsu serta fitnah dan emel yang digunakan juga adalah palsu,” katanya di sini hari ini.

SPRM memberitahu, penama berkenaan akan membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.

Justeru, SPRM berharap  Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menjalankan siasatan mengenainya. – UTUSAN ONLINE





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed