by

DBKL terima aduan ada peniaga WBN guna pekerja asing

News Sources:

KUALA LUMPUR – Wilayah Bebas Niaga (WBN) merupakan satu inisiatif khusus bagi warga kota untuk menambah pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan sepanjang penularan Covid-19.

Semenjak ia dilaksanakan pada 15 November 2020 sehingga Disember tahun lalu – sebanyak 2,800 permohonan diterima untuk sekitar Kuala Lumpur dan bertambah awal tahun ini.

Sudah tentu sekarang jumlahnya semakin meningkat berbanding sebelumnya ekoran perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua ini.

Meskipun ‘dibebaskan’ berniaga di kawasan Wilayah Persekutuan namun terdapat beberapa syarat perlu dipenuhi oleh peniaga.

Menurut Pengarah Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Perniagaan DBKL, Khairul Anuar Mhd Juri, meskipun inisiatif  dipanggil WBN namun peniaga masih perlu untuk memohon lesen sementara.

Khairul Anuar Mhd Juri.

Paling penting, lesen itu ujarnya sama sekali tidak boleh ‘disewakan’ kepada orang lain pula juga tidak boleh menggajikan warga asing.

Jenis jualan juga katanya tidak boleh semberono. Ini bermakna barangan terlarang seperti vape, rokok dilarang sama sekali.

“Mereka (penjual) juga perlu mematuhi syarat untuk mendapatkan suntikan typhoid (makanan/minuman sahaja yang mana menjual makanan.

“Barang jualan mereka ini bukanlah barangan terlarang seperti vape, rokok dan sebagainya. Pada masa yang sama tujuannya untuk diberikan kepada warganegara. Pastikan tidak ada penglibatan warga asing itu yang paling penting,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Paling penting, tapak perniagaan yang dipilih tidak mengganggu lalu lintas yang pada akhirnya nanti akan mengundang aduan dan keluhan orang ramai selain perlu menjaga kebersihan dan SOP.

“Ada empat kategori dibenarkan jualan. Kita syorkan bahan basah yang sudah dibungkus dan kurang aktiviti memotong dan sebagainya dan syarat-syarat lain sudah tentu tidak boleh mengganggu lalu lintas, laluan pejalan kaki mana yang sesuai, tengok keadaan,” tambahnya.

Sejak WBN dimulakan pada 15 November yang lalu, Khairul Anuar tidak menafikan sudah wujud peniaga-peniaga yang ‘nakal’ apabila menggunakan warga asing sebagai pembantu.

Ini jelas melanggar terma dan syarat yang tujuannya membantu warganegara meneruskan kelangsungan hidup pada zaman susah ini.

Bagaimanapun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tambah beliau, akan melakukan siasatan sebelum mengambil tindakan seterusnya.

Jika didapati benar berlakunya pelanggaran peraturan maka tanpa sebarang amaran lagi selepas diberi ihsan berniaga, lesen akan dibatalkan serta merta.

“Setakat ini, ada yang kita dengar, ada penjual yang ‘nakal-nakal’ menggunakan warga asing sebagai pembantu. Kita dengar aduan. Kita sudah minta penguat kuasa untuk melihat dan kalau betul ada, dan kita akan ambil tindakan batalkan lesen dan sita.

“Ada aduan kawasan Setiawangsa, kami masih siasat mahu tahu sejauh mana kebenarannya. Kalau betul ada kami akan ambil tindakan tegas,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Inisiatif WBN: Talian hayat peniaga musim Covid-19?



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed