by

Denda, penjara jika ubah kedudukan meter TNB tanpa kebenaran

News Sources:

PETALING JAYA: Pemilik kediaman diminta memaklumkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) jika mahu mengalih atau mengusik pepasangan TNB termasuk elektrik ketika membuat pengubahsuaian.

Menurut TNB, kebenaran pihaknya diperlukan sebelum melakukan pengalihan pepasangan supaya sebarang kerja yang dilakukan mengikut spesifikasi dan tidak menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

Jelasnya, pengalihan pepasangan TNB yang tidak teratur boleh mengakibatkan gangguan bekalan yang kerap, kejadian voltan berlebihan, litar pintas atau kebakaran.

“Penglibatan diri dalam apa-apa aktiviti berhampiran pepasangan elektrik tanpa kebenaran sah termasuk tindakan mengusik atau mengalihkan kedudukan meter elektrik TNB menjadi kesalahan berdasarkan Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Individu yang disabitkan melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN





Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed