by

Deposit wang TH melalui Pos Online

News Sources:

KUALA LUMPUR: Pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) kini boleh memasukkan wang simpanan ke akaun TH secara dalam talian melalui Pos Online di www.posonline.com.my.

Ia selepas TH memaklumkan bahawa kerjasama dengan Pos Malaysia telah dinaik taraf menerusi pengenalan perkhidmatan deposit wang ke akaun TH secara dalam talian.

Menurut TH, langkah tersebut sejajar dengan usaha agensi itu dan Pos Malaysia dalam meningkatkan perkhidmatan secara digital yang lebih mudah dan berkesan.

“Selain itu, ini juga dapat memastikan pelaksanaan usaha wajar pelanggan dipenuhi sepenuhnya.

“Sehubungan itu, mulai 2 Januari 2021, urusan deposit wang ke akaun TH melalui kaunter cawangan Pos Malaysia akan ditamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919, faks di talian 03-77284959 atau e-mel ke th-info@lth.gov.my. -UTUSAN

The post Deposit wang TH melalui Pos Online appeared first on Utusan Digital.



Source link

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News Feed